Tuesday, January 27, 2015

"HANYA KERANA AKU SEORANG PEREMPUAN..."

5hb MAC 2010 6.49pm


Pada siapa harus ku luah rasa hati yang bagai nak meletup ni...

Adakah kerana aku seorang gadis, seorang anak perempuan, maka jalan begini harus ku rasai ketika ini...

Adakah kerana aku pernah melakukan kesilapan maka sehingga kini aku harus dihukum...

"Hanya kerana aku seorang perempuan..."

PEREMPUAN...

Hak nya hanyalah didapur, menyediakan makan pakai keluarga, menurut arahan dan mengikut telunjuk..

Haknya hanyalah mengimpikan sesuatu yg tak mungkin dapat dimiliki kerana itu bukan yg sepatutnya untuknya, untuk perempuan hanyalah patuh pada arahan..

Hingga kadangkala aku rasa, apa yg aku lalui ketika ini adalah sangat menyesalkan..

Tapi iman ku segera mengucap.... ada hikmahnya aku dilahirkan begini...

Hingga kini apa yg aku dapat hanyalah...

Biiznillah...in syaa Allah...
semua adalah kehendak Allah..
semua terjadi dengan izin Allah...

mungkin keindahan dan kecantikan dunia bukan bahagia untuk aku rasai..
bukan untuk aku alami..

Aku masih bersabar hingga kini..
sabar menahan diri demi kecantikan abadi..
sabar menahan nafsu hati demi keindahan hakiki..

Walaupun didepan mata terhidang warna pelangi, akan tetap aku berdiri dalam hujan dan ribut kerana hanya itu aku diberi hak..
demi roh dan jasad ku terpelihara dari azab seksaNya, aku telan pahitnya kebodohan daripada mencari manis kebijaksanaan dalam ketidakrestuan tanpa keizinan..

Hanya kerana aku PEREMPUAN
hanya kerana aku PEREMPUAN...